Program Kewangan Mikro Bandar untuk elak Ah Long

Program Kewangan Mikro Bandar untuk elak Ah Long

Bagi peniaga tudung, Haliza Aziz, Program?Kewangan Mikro Bandar (PKMB) di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) banyak?menghulurkan bantuan modal pusingan dan beliau tidak perlu meminjam daripada?lintah darat atau Ah Long.

Bagi peniaga tudung, Haliza Aziz, Program?Kewangan Mikro Bandar (PKMB) di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) banyak?menghulurkan bantuan modal pusingan dan beliau tidak perlu meminjam daripada?lintah darat atau Ah Long.

Haliza, 39, banyak bergantung kepada modal itu untuk membeli stok tudung?sebelum dijual kepada pelanggan di sekitar Kota Baharu.

“Dulu saya terpaksa pinjam dengan lintah darat kerana tiada tempat?untuk meminjam, teruk kena bayar bunga, untung pun tidak banyak.

“Namun dengan keprihatinan kerajaan, melalui AIM, akak mudah boleh buat?pinjaman modal pusingan untuk jual kain. Mula-mula dulu akak pinjam RM3,000?selepas habis bayar beberapa bulan, akak sambung lagi,” katanya kepada?Bernama.

Haliza, yang menceburi perniagaan itu sejak 20 tahun lepas, berkata melalui?kaedah pinjaman PKMB, perniagaannya kini bertambah maju disebabkan beliau?mempunyai modal pusingan.

Pengarah Urusan AIM Zabidah Ismail berkata Haliza adalah antara ‘sahabat?AIM’  yang mendapat manfaat menerusi bantuan pinjaman AIM bagi memastikan?matlamat membasmi kemiskinan masyarakat di negara ini tercapai.

“AIM menyediakan pinjaman mikro antara RM2,000 dan RM50,000 untuk?membantu wanita yang miskin, miskin tegar dan mudah miskin untuk memulakan?aktiviti ekonomi seperti peruncitan, perkhidmatan (spa, salun, mengurut dan?mengandam), pertanian (menanam sayur dan buah-buahan) dan perikanan.

“Mereka yang layak membuat pinjaman ialah kalangan isi rumah yang?berpendapatan daripada RM700 hingga RM1,500. Kebanyakan wanita yang?menyertai program itu memulakan perniagaan di rumah sebelum berjaya ke tahap?lebih tinggi,” katanya.

– Bernama