Peniaga dan peminat gembira kebangkitan bola sepak M`sia

Peniaga dan peminat gembira kebangkitan bola sepak M`sia

Stadium Shah Alam dibanjiri kira-kira 7,000 penyokong apabila Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 selepas menewaskan Pakistan pada perlawanan pusingan pertama kelayakan Olimpik 2012 berakhir malam tadi.

Stadium Shah Alam dibanjiri kira-kira 7,000 penyokong apabila Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 selepas menewaskan Pakistan pada perlawanan pusingan pertama kelayakan Olimpik 2012  berakhir malam tadi.

Tinjauan Komunitikini mendapati bahang kehangatan perlawanan sudah mula dirasai seawal jam 7.30 malam.

Suasana di luar perkarangan stadium Shah Alam meriah dengan deretan gerai menjual baju jersi,  stiker pelekat dan trompet kepada pengunjung yang hadir.

Perlu diakui, semenjak pasukan bola sepak Malaysia menjuarai Piala Suzuki (AFF) tahun lalu, stadium mulai penuh dengan sokongan peminat tempatan.

Pada perlawanan persahabatan Malaysia dan Hong Kong baru-baru ini, kehadiran di Stadium Shah Alam dikatakan mencecah sehingga 10,000 penyokong.

Jika dahulunya hanya golongan lelaki selalu dilihat membanjiri stadium, tetapi pada kali ini, golongan wanita tidak ketinggalan memberikan sokongan.

See also  HWUM students start charity football match for Fugees School

Menurut, Rosilawati Daud, 24, ditemui di perkarangan stadium, beliau begitu teruja menyaksikan perlawanan bola sepak.

“Saya baru pertama kali menjejakkan kaki di stadium sebelum ini hanya menonton di kaca televisyen,” katanya ditemani keluarganya.

Ditanya sebab utama beliau hadir ke stadium, beliau terpegun dan tidak menyangka apabila melihat beberapa pemain bola sepak beraksi cemerlang antaranya penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

“Selain itu, saya melihat ramai pemain bola sepak lelaki muda dan kacak, mungkin sebab itu antara faktor utama saya hadir,” ujarnya sambil tersenyum.

Pendapatan lumayan peniaga jersi

Di samping itu, kebanjiran pengunjung turut memberi ruang dan peluang kepada peniaga menambah sumber pendapatan mereka.

See also  'Road to GM' initiative launched to cultivate Malaysia's first chess Grandmaster

Bagi peniaga baju jersi, perlawanan akhir Piala Suzuki (AFF) yang lalu ternyata memberikan pendapatan lumayan kepada mereka.

Menurut peniaga, Idham Md Noh, 28, memberitahu bahawa beliau membawa kira-kira 100 jersi Malaysia pada perlawanan akhir.

“Semua baju yang saya jual habis selepas perlawanan tersebut, mungkin faktor kemenangan menyebabkan orang ramai membeli jersi kebangsaan,” katanya yang mula meniaga jersi di perkarangan stadium seluruh negara kira-kira tiga tahun lalu.

Idham berkata, harga jersi ditawarkan RM50 hingga RM45 manakala saiz baju daripada peringkat kanak-kanak hingga dewasa.

Ditanya sama ada jualannya mencatatkan keuntungan pada hari ini, beliau memberitahu agak kurang sedikit.

“Mungkin orang ramai sudah memiliki atau membeli jersi kebangsaan,” ujarnya dengan nada seloroh.