Pemuda sakit mental maut terjun bangunan

Pemuda sakit mental maut terjun bangunan

Seorang pemuda mempunyai masalah mental dipercayai terjun daripada tingkap biliknya tingkat sebelas di sebuah kondominium di Kelana Jaya, tengahari tadi.

Seorang pemuda mempunyai masalah mental dipercayai terjun daripada tingkap biliknya di tingkat sebelas di sebuah kondominium di Kelana Jaya, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira  jam 1 tengahari itu, mangsa berusia lingkungan 20-an dipercayai menghidap penyakit mental ditemui mati dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas jalan di kawasan perniagaan dekat sini.

Saksi kejadian, Mohd Amirul Azli 38 berkata ketika kejadian dia terdengar bunyi seperti plastik sampah terjatuh daripada tingkat atas.

“Ketika dengar bunyi benda pelik itu saya sedang berjalan kaki keluar daripada pintu masuk kondominium untuk ke bank, bila saya toleh saya lihat ada orang terbaring atas jalan,” katanya.

Menurutnya kejadian itu turut disedari oleh bebeberapa pekerja premis berhampiran yang terus bergegas ke tempat kejadian.

“Saya pergi dekat dan dapat lihat kaki mangsa sudah patah manakala terdapat kecederaan pada bahagian kepalanya,” katanya dalam nada cemas.

Difahamkan mangsa terjun dari tingkap biliknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.