Pusat pelacuran runtuh dalam serbuan

Pusat pelacuran runtuh dalam serbuan

Bahagian atas sebuah rumah papan dua tingkat yang dipercayai menjadi pusat pelacuran di Lorong Limau Manis, dekat sini runtuh ketika serbuan oleh pihak penguatkuasa, semalam.

Bahagian atas sebuah rumah papan dua tingkat yang dipercayai menjadi pusat pelacuran di Lorong Limau Manis, dekat sini runtuh ketika serbuan oleh pihak penguatkuasa, semalam.

Runtuhan itu menyebabkan seorang wanita disyaki pelacur dan beberapa penguatkuasa yang menjalankan operasi bersepadu itu cedera ringan.

Wanita itu yang cedera di kaki kiri dihantar untuk rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini manakala beberapa penguatkuasa hanya cedera kecil ekoran ditimpa sepihan kayu yang runtuh.

Setiausaha MPKB-BRI Mohd Anis Hussin berkata serbuan pada pukul 10.30 malam itu dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Baharu – Bandar Raya Islam (MKPB-BRI), polis, Imigresen dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik).

“Lapan rakyat Malaysia berketurunan Siam ditemui di dalam dan luar rumah itu iaitu dua kanak-kanak, tiga lelaki dan tiga wanita,” katanya kepada pemberita hari ini.

— Bernama