Mahasiswa bantah PALAPES cuba halang terlibat dengan pilihan raya kampus

Mahasiswa bantah PALAPES cuba halang terlibat dengan pilihan raya kampus

Pihaknya mendapati larangan ini merupakan satu usaha bagi menyekat kebebasan mahasiswa untuk terlibat dengan proses demokrasi di kampus, ujar Syed Syafiq.

Ketika ini, bahang serta suasana pilihan raya kampus semakin dirasai warga Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pengerusi Pro-Mahasiswa UPM, Syed Syafiq Syed Hashim berkata setelah notis pengumuman pilihan raya kampus dianjakkan pada cuti pertengahan semester yang lalu, semua pihak baik daripada Pro-Mahasiswa serta Pro-Aspirasi yang ditaja Bahagian Hal Ehwal Pelajar semakin sibuk memperkemaskan jentera masing-masing.

Menurutnya, bagaimanapun semalam pihak kami dikejutkan dengan arahan yang dikeluarkan oleh Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UPM yang menghalang mahasiswa daripada menjadi calon, pencadang serta penyokong pencadang dalam Pilihan Raya Kampus yang dijadualkan berlangsung pada 21 Februari nanti.

“Pihak kami mendapati larangan ini merupakan satu usaha bagi menyekat kebebasan mahasiswa untuk terlibat dengan proses demokrasi di kampus,” katanya.

See also  APU Blockchain team wins big at ETHTaipei Hackathon

Selain itu, Syed Shafiq berkata, pihaknya juga berpendapat mana-mana mahasiswa termasuklah anggota PALAPES mempunyai hak untuk menawarkan diri bagi memimpin mahasiswa di kampus.

“Justeru itu, kami berharap agar pihak PALAPES di UPM agar segera menarik balik arahan tersebut agar proses demokrasi di kampus dapat berjalan sebaiknya,” ujarnya.