Pembeli rumah terbengkalai Gombak terima pampasan daripada pemaju

Syarikat pemaju Capital Lane Sdn Bhd – kontraktor yang gagal menyiapkan projek perumahan terbengkalai sejak 2003 bersetuju untuk memulangkan wang pendahuluan sebanyak RM30,000 hingga RM45,000 dengan memberi notis tujuh hari bekerja kepada 77 orang pembeli.

Incomplete project
Incomplete project

Syarikat pemaju Capital Lane Sdn Bhd – kontraktor yang gagal menyiapkan projek perumahan terbengkalai sejak 2003 bersetuju untuk memulangkan wang pendahuluan sebanyak RM30,000 hingga RM45,000 dengan memberi notis tujuh hari bekerja kepada 77 orang pembeli.

 

Pengurus pentadbirannya, Azman Rosdi berkata persetujuan itu dicapai setelah mengadakan perjumpaan tertutup selama setengah jam bersama wakil pembeli diketuai oleh pengerusi persatuan Badan Bertindak Casa Gemilang (BBGC), Jaafar Ismail.

“Pada perjumpaan itu saya menceritakan kepada mereka kronologi kenapa projek perumahan dihentikan.Kita dalam ketidakupayaan meneruskan projek kerana mengalami masalah kewangan disebabkan ramai pembiaya bank tarik diri.Kita ambil keputusan pulangkan kembali wang dan menyerahkan notis kepada pembeli. Itu janji kami,” katanya dihubungi Komunitikini hari ini.

Mengulas lanjut, Azman berkata, pihaknya sedang mengemaskini data senarai nama pembeli berdasarkan perjanjian sewa beli bersama syarikat pemaju.

 

Menurutnya, bagaimanapun jumlah pemberian wang pendahuluan bergantung kepada setiap pembeli mengikut harga asal RM95,000 hingga RM125,000 sekitar tahun 2003 hingga 2005.

“Kita akan bayar secara berperingkat, kita faham bebanan dihadapi penduduk kerana terpaksa menyewa rumah.

“Saya berharap pembeli tidak mengenakan apa-apa syarat membebankan kepada pemaju,” katanya merujuk sekiranya pemaju gagal membayar dan memberikan notis kepada pembeli selepas tujuh hari seperti dijanjikan.

Dalam protes semalam, seramai 30 penduduk persatuan BBCG berhimpun secara aman dan diam kira-kira jam 9.30 pagi di luar perkarangan pejabat syarikat kontraktor terbabit.

Persatuan itu menuntut pemaju syarikat supaya menyelesaikan masalah perumahan terbengkalai servis apartmen dan rumah dijanjikan pemaju sejak 2003.

Mereka memegang kain rentang dan sepanduk antaranya tertulis `kami mangsa penipuan projek terbengkalai`.

Selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil syarikat pemaju, mereka kemudiannya bersurai kira-kira jam 11.45 tengahari.

Persatuan itu menggesa pemaju kontraktor mengembalikan keadilan kepada semua pembeli projek perumahan merangkumi 200 unit servis apartmen dan 52 unit rumah bandar di Gombak.