Lapan unit komputer disumbangkan kepada empat rumah kebajikan & anak yatim di Selangor

Lapan unit komputer disumbangkan kepada empat rumah kebajikan & anak yatim di Selangor

AMD GLOBAL SERVICES meyumbang 8 unit komputer.

Syarikat berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), AMD Global Services menyumbangkan lapan unit komputer kepada empat rumah kebajikan dan anak yatim di Selangor.

Majlis penyerahkan komputer diadakan di Bilik Gerakan Kerajaan Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini.

Komputer itu diserahkan oleh Naib Presiden Kanan AMD, Devinder Kumar kepada Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Puan Sri Salbiah untuk diagihkan kepada rumah kebajikan.

Majlis penyerahkan disaksikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC), Datuk Mohd Jabar Ahmad Kembali dan Pengarah AMD Global Services, Michele Harle.

See also  100 gutsy individuals went bald for cancer patients

Empat rumah kebajikan anak yatim yang terpilih ialah Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiyah, Klang, Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Munirah, Klang, Rumah Amal kebajikan Siti Khadijah, Petaling Jaya dan Rumah Kebajikan Anak Yatim Kamariah, Petaling Jaya.
AMC Global Services yang beroperasi di Cyberjaya sejak Februari 2008 telah mendapat status MSC pada Julai 2008.

Menteri Besar berkata, Kerajaan Selangor mengalu-alukan syarikat korporat membantu kerajaan negeri menyediakan kemudahan ICT kepada rakyat menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Katanya, walaupun Negeri Selangor diperintah Pakatan Rakyat, ia tidak sepatutnya menjadi halangan kepada syarikat korporat untuk membantu kerajaan negeri menyediakan kemudahan ICT kepada rakyat terutama kepada golongan kurang berkemampuan.

See also  Grand Raya for delivery heroes with Foodpanda Malaysia

“Kita amat mengalu-alukan sumbangan syarikat korporat sejajar dengan matlamat kerajaan negeri yang mahu meningkatkan taraf hidup rakyat negeri ini menerusi program-program kebajikan,” katanya.