Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2010

Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2010

Majiis pelancaran “Say No-Unite To End Violence Against Women” dengan kerjasama badan-badan NGOs.

Majlis Pelancaran Kempen “Say No-Unite To End Violence Against Women” sempena Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2010 telah di adakan di KL Sentral pada 27 November 2010. Majlis ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat(KPWKM) dengan kerjasama badan-badan NGOs. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Sentor Puan Heng Seai Kie. Lebih dari 1000 peserta yang mewakili kerajaan, badan berkanun, NGO dan orang awam mengambil bahagian dalam kempen ini.

Objektif utama majlis ini ialah menyebarluaskan maklumat mengenai isu-isu keganasan terhadap wanita kepada masyarakat umum. Di samping menggembleng komitmen semua pihak iaitu golongan wanita dan lelaki, sektor awam dan swasta serta NGO bagi menghapuskan keganasan terhadap wanita.

See also  Novartis Malaysia champions gender parity in STEM industries

Mengikut statistik Polis diRaja Malayisa, kes rogol, bunuh, dera, keganasan rumah tangga dan gangguan seksual di Malaysia semakin meningkat dan secara purata 10 wanita menjadi mangsa keganasan fizikal, seksual atau mental setiap hari dan angka ini hanyalah mengambarkan sebilangan kecil kes-kes yang dilaporkan. Malahan ramai dikalangan wanita hari ini tidak melaporkan kes-kes keganasan atas pelbagai sebab dan alasan.

Dalam majlis ini KPWKM telah melancarkan penubuhan “Kelab Youth Orbit-Circle of Influence” (Kelab YO!) yang merupakan inisiatif yang digerakkan oleh golongan muda untuk golongan muda (youth for youth) bertujuan memberi informasi, kesedaran dan mewujudkan peer support group bagi menghapuskan segala bentuk diskriminasi dan penganiayaan terhadap wanita. Lebih dari 500 peserta telah pun mendaftar sebagai ahli kelab YO! pada hari tersebut dan pendaftaran juga boleh dibuat secara online.

See also  WAO calls for action to end violence against women

MORE