Program khas sempena Aidiladha di IKIM fm

Program khas sempena Aidiladha di IKIM fm

Laporan Haji sepanjang 10 minit itu akan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat menerusi Buletin 12 tengah hari. Manakala pada Sabtu dan Ahad, jam 12.05 tengah hari serta 5.05 petang.

Hanya tinggal dua hari sahaja, Umat Islam akan menyambut Aidiladha yang jatuh pada 17 November ini.

Lebih 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia mula bergerak ke Arafah untuk berwukuf di Arafah hari ini.

Justeru untuk mengetahui perjalanan jemaah haji di Tanah Suci Makkah, Penerbit Ikim.FM, Zamri Zainal Abidin akan membuat laporan dalam Laporan Haji bermula 10 hingga 27 November ini secara langsung dari sana manakala laporan hari wukuf akan disiarkan pada 16 November.

Laporan Haji sepanjang 10 minit itu akan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat menerusi Buletin 12 tengah hari. Manakala pada Sabtu dan Ahad, jam 12.05 tengah hari serta 5.05 petang.

Dua dokumentari bertajuk Korban Untuk Kehidupan dan Secangkir Kasih Khas Aidiladha pula akan disiarkan pada 17 November.

Pegawai Perhubungan Awam IKIM, Sapuah Nawawi, berkata dokumentari Korban Untuk Kehidupan mengisahkan suasana kehidupan umat Islam di Sabah dan Kemboja. “Dokumentari Secangkir Kasih Khas Aidiladha pula adalah rancangan terbitan kerjasama dengan Islamic Relief Malaysia (IRM).

Rancangan ini akan menyiarkan temubual dengan peserta yang melaksanakan ibadat korban,” katanya menerusi satu kenyataan media baru-baru ini.

Kata Sapuah, Rancangan Khas AidilAdha tahun ini, siaran langsung solat sunat Aidiladha (17 November) yang diterbitkan Siti Rohani Surani.

Ia disiarkan secara langsung dari Masjid Wilayah Persekutuan, selama sejam mulai jam 8.30 pagi. Mulai 13 hingga 22 November pula, Fairuz Noordin menerbitkan rancangan Debaran Mabrur yang bersiaran selama 10 minit, sebanyak 16 siri.

Manakala slot kedua, bermula 27 November hingga 3 Disember, jam 4.30 petang.

“Siaran langsung ini dibawa secara langsung dari Tanah Suci Makkah dan Madinah. Pengisian adalah berbentuk perspektif seorang pengembara oleh koresponden yang dilantik khas disusuli tazkirah ringkas berdasarkan peristiwa semasa.

“Rancangan ini juga adalah kemuncak kepada himpunan rancangan berkaitan ibadah haji dan umrah sepanjang tahun di Ikim.FM,” katanya.
Selain itu, Ikim.FM juga menyiarkan Kapsul Haji dan Aidiladha, ke udara sepanjang lima minit, sebanyak 5 siri, 16 hingga 20 November ini yang akan  ke udara pada jam 7.50 pagi dan siaran ulangan pada 7.15 malam.

Kapsul bahasa Inggeris itu memberi kefahaman mengenai pengertian ibadah haji dan Aidiladha, rukun dan syarat haji, pengertian korban dan Aidiladha, amalan sunat menyambut Aidiladha, perbezaan antara ibadah korban dan akikah serta fadilat korban.

Rancangan Korban Untuk Kehidupan disiarkan pada hari raya Aidiladha yang pertama, jam 10.30 pagi. Dokumentari itu mendedahkan suasana bagaimana kehidupan umat Islam di Sabah dan Kemboja.

“Harapan mereka kepada bantuan dari saudara seagama mereka dari luar. Mengupas erti ibadah korban kepada masyarakat di sana, seterusnya usaha badan sukarela memperluaskan lagi manfaat dari ibadah korban supaya dapat dikongsi oleh saudara seagama.

Seterusnya, pada hari sama, dengarkan rancangan Secangkir Kasih Khas Aidiladha, jam 12.15 tengah hari.

Rancangan diterbitkan dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia (IRM) itu membawakan kepada pendengar program korban yang akan dianjurkan oleh IRM di samping temubual dengan peserta yang melaksanakan ibadah korban.

Pada 20 November, jam 9 pagi, akan disiarkan rancangan Majlis Korban Perdana Ikim.FM dari Kompleks Anak-Anak Yatim Darul Fuqaha untuk meraikan anak yatim Darul Fuqaha dan saudara muslim dari Perkim.

Aturcara bermula dengan penyembelihan korban diikuti pembahagian daging korban kepada fakir miskin di mana majlis itu akan disusuli dengan ceramah khas dan jamuan tengah hari.