Sesi dialog Pelan Hala Tuju Selangor terima reaksi positif

Sesi dialog Pelan Hala Tuju Selangor terima reaksi positif

Rata-rata peserta yang mengambil bahagian dalam perbincangan meja bulat pada sesi dialog Pelan Hala Tuju Selangor 2011-2013 Bersama Rakyat baru-baru ini menyokong hasrat kerajaan negeri memperkenalkan rancangan mereformasi ekonomi, sosial dan politik negeri bagi jangka masa tempoh tiga tahun kehadapan.

Rata-rata peserta yang mengambil bahagian dalam perbincangan  meja bulat  pada sesi dialog Pelan Hala Tuju Selangor 2011-2013 Bersama Rakyat baru-baru ini menyokong hasrat kerajaan negeri memperkenalkan rancangan mereformasi  ekonomi, sosial dan politik negeri bagi jangka masa tempoh tiga tahun kehadapan.

Pengarah Kehormat Spastic Children’s Association of Selangor & Federal Territory (SCAFS), Datuk Dr Mohinder Singh berkata beliau memperolehi pelbagai informasi dan maklumat yang berguna sepanjangan mengikuti sesi dialog dan perbincangan tersebut.

IMAG0322

Menurutnya menerusi pendekatan ini  penduduk daerah Petaling Jaya berpeluang mengemukakan sebarang pandangan, masalah serta isu yang dihadapi di kawasan komuniti setempat.

“Saya begitu gembira kerana diberi peluang mengikuti sesi dialog yang diadakan  dan berharap penduduk di kawasan yang lain tidak melepaskan peluang untuk menyertainya,” ujarnya.

Sementara itu,  Ahli Majlis  Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 24, MBPJ,  Megat Iskandar Megat Ahmad Supian  berpendapat  bahawa majlis dialog ini dapat mengeratkan hubungan antara rakyat dan pemimpin negeri Selangor.

IMAG0321

Beliau yang juga ahli  badan bukan kerajaan (NGO) berharap supaya segala pandangan, masalah dan isu berbangkit diketengahkan agar rakyat sentiasa merasakan idea mereka diterima di peringkat tertinggi.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

“Bila keputusan dibuat di peringkat tertinggi dan pandangan rakyat diambil kira, saya yakin segala pelaksanaan program akan dapat dijalankan dengan baik serta disokong oleh rakyat pada masa hadapan  kerana ia merupakan pandangan mereka,” jelasnya.

Sepanjang mengikuti sesi dialog tersebut, Komunitikini mendapati ia berjaya menarik minat lebih kurang 80 peserta terdiri daripada wakil rakyat, ahli majlis, kakitangan swasta, kakitangan NGO dan  penduduk setempat.

IMAG0316

Badan bebas, Merdeka Center yang diketuai Pengarah Eksekutif, Ibrahim Suffian membentangkan secara terperinci kepada peserta hasil rumusan yang diperolehi  di akhir perbincangan tersebut.

Beliau yang juga selaku penyelaras dokumentasi sesi dialog berkata analisis tersebut menekankan tiga topik utama iaitu pembangunan dan kemudahan infrastruktur, urus tadbir kerajaan yang baik dan juga isu sosial dan pembangunan masyarakat.

Menurutnya lagi, di bawah topik pembangunan dan kemudahan infrastruktur, beberapa cadangan dikemukakan peserta iaitu mahu masalah kesesakan lalu lintas diselesaikan, pembangunan infrastruktur tidak selari dengan kemajuan perlu diubah termasuk memerlukan jalan-jalan yang lebih luas, sistem trafik yang lancar dan penyelenggaraan dinaik taraf.

See also  Malaysia ranks 4th globally in skyscraper count

Difahamkan, selepas membentangkan hasil rumusan, kerajaan negeri akan meneruskan siri jelajahnya di beberapa  lokasi yang lain.

IMAG0320

Antara perancangan termasuk mengadakan pertemuan bersama tokoh perniagaan & industri, pemaju, industri pembuatan , perkhidmatan, kumpulan masyarakat, NGO dan persatuan keagamaan , wakil akademik, pendidik dan pelajar serta wakil golongan muda.

Tempoh maklum balas beserta hasil daripada rumusan yang diperolehi akan diketahui penghujung bulan September ini di mana draf tersebut dijangka siap sepenuhnya Oktober ini.

Keseluruhan draf itu mengambil kira pandangan dan idea yang akan dibentangkan pada November  ini di Dewan Rakyat dengan siaran umum kepada khalayak awam dijangka penghujung akhir tahun ini.

Bagi orang ramai yang tidak berkesempatan mengikuti sesi dialog tersebut boleh memberikan idea atau pendapat berhubung penambahbaikan menerusi emel  [email protected].