Sekolah dapat tembok baru, hadiah sempena sambutan kemerdekaan ke 53

Sekolah dapat tembok baru, hadiah sempena sambutan kemerdekaan ke 53

Tembok bangunan Sekolah Kebangsaan Satu Sultan Alam Shah yang runtuh pada Mei lalu, kini dalam proses pembinaan.

IMAG0200

Hadiah sempena sambutan Kemerdekaan ke 53 – tembok bangunan Sekolah Kebangsaan Satu Sultan Alam Shah yang runtuh pada Mei lalu, kini dalam proses pembinaan.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sek Keb Satu Sultan Alam Shah, Ahmad Azlan Abd Aziz berkata, kerja-kerja pembinaan tembok sekolah baru sedang giat dijalankan oleh pihak kontraktor sejak seminggu lalu .

Menurutnya, pihak kontraktor memberitahu  tembok sekolah itu dijangka siap sepenuhnya menjelang minggu depan.

“Terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Utama dan Jabatan kerja Raya (JKR) daerah Petaling mempercepatkan proses pembinaan tembok ini.

“Ini merupakan hadiah kemerdekaan tidak ternilai kepada pelajar,” katanya ditemui Komunitikini di perkarangan sekolah itu, pagi tadi.

See also  Goodday KidSTART 2.0 returns to nurture young entrepreneurs

P23-04-10_15.481-150x150

Difahamkan, JKR daerah Petaling bertindak merobohkan struktur tembok bangunan Sekolah Kebangsaan Satu Sultan Alam Shah, Petaling Jaya yang condong dan hampir runtuh sehingga menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa.

Tindakan kerja merobohkan tembok itu dilakukan susulan laporan Komunitikini pada 23 April lalu mengenai struktur tembok bangunan condong sekali gus mengundang bahaya kepada guru serta 500 pelajar sesi pagi dan petang.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5.30 pagi disedari oleh dua orang pengawal keselamatan yang bertugas kemudiannya memberitahu pihak  sekolah pada 10 April lalu.