Rumah terbakar, enam beranak tinggal sehelai sepinggang

Rumah terbakar, enam beranak tinggal sehelai sepinggang

Sebuah rumah kediaman milik ibu tunggal mempunyai lima orang anak masih kecil di Kampung Changkat musnah dalam satu kebakaran baru-baru ini.

P7182966

Sebuah rumah kediaman milik ibu tunggal mempunyai lima orang anak masih kecil di Kampung Changkat musnah dalam satu kebakaran baru-baru ini.

Mangsa, Rossuenah, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi semasa beliau tiada di rumah untuk mencari rezeki bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Menurutnya, kelima-lima anaknya masih berada di dalam rumah bersama anak sulung berusia 15 tahun pada ketika itu sedang nyenyak tidur.

P7182969

“Dalam perjalanan pulang ke rumah jiran memberitahu rumah saya terbakar, alhamdulilah semua anak-anak saya selamat dan terima kasih kepada penduduk kampung yang membantu,” katanya.

Anak sulungnya Md Abd Muiz menceritakan detik cemas berkata dia dikejutkan oleh tangisan adiknya Mohd Muhaimin berusia 5 tahun pada masa yang sama melihat api semakin marak.

Lantaran itu, beliau bergegas membawa adiknya keluar rumah menyelamat diri dan mendapati orang ramai cuba membantu untuk memadamkan kebakaran tetapi gagal.

“Alhamdulilah kami semua selamat tetapi apa yang mendukacitakan barang persekolahan  tidak dapat diselamatkan lagi”, katanya dalam nada sedih.

Bagi membantu meringankan beban keluarga malang itu, ahli jawatankuasa pusat khidmat masyarakat (PKM) dun Gombak Setia, Tarmizi yang mewakili Adun Gombak Setia Datuk Dr Hasan  Ali, memberikan sumbangan kewangan bagi membantu meringankan bebanan ditanggung keluarga mangsa.

Sementara itu, ketua kampung Changkat, Zainal Abdidin berkata mangsa dibawa ke balai polis berdekatan  untuk membuat laporan agar bantuan dan perlindungan diberikan kepada keluarga tersebut.

Menurutnya, pihak pengurusan jabatan kebajikan masyarakat (JKM) dan pusat zakat dimaklumkan mengenai perkara tersebut untuk tindakan selanjutnya.

“Buat sementara waktu keluarga mangsa akan ditempatkan di rumah berdekatan,” katanya.