Short Eyes: liku kehidupan masyarakat minoriti dipentaskan

Short Eyes: liku kehidupan masyarakat minoriti dipentaskan

41597_126792327352590_9025_n

Rumah Anak Teater mempersembahkan Short Eyes(dalam versi Bahasa Malaysia) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Selangor.

Short Eyes bukan hanya satu pementasan berkenaan kehidupan dalam penjara, tetapi sebenarnya memaparkan tentang realiti kehidupan sebenar masyarakat dunia luar.

Sinopsis: Short Eyes merupakan satu drama yang menggambarkan kehidupan masyarakat yang minoriti.

Segala yang berlaku mencerminkan dunia luar, yang juga mempunyai kepentingan penerimaan, nilai dan moral masyarakat.

Walaupun kedua-dua dunia adalah selari, kepentingan-kepentingan ini adalah lebih tegas di dalam alam sebuah penjara.

Dalam pementasan ini, kita melihat watak lelaki yang memikul beban, di mana dia mesti mendapatkan sesuatu hasil daripada apa yang dilakukannya.

Sepertimana watak Omar menerangkan kepada Mr. Nett ketika dia diminta untuk berjanji supaya tidak bergaduh lagi.

” Saya tak boleh janji untuk perkara macam itu.. janji itu ikatan. Lelaki dalam penjara tak ada apa-apa selain janji, dan dia harus berjaga-jaga tentang siapa, bagaimana dan untuk apa dia bagi janji itu.. “.

See also  Penang set to host 'Leela Jhansi': A poignant exploration of child marriage

Apabila Clark Davis ditahan atas tuduhan pesalah seks kanak-kanak/pedofil (dan dia juga merupakan seorang lelaki kulit putih kelas menengah), tahanan-tahanan lain telah menganggap dan memandang itu sebagai kejam.

Sedangkan kumpulan tahanan ini sendiri yang menjalani hukuman mereka, yang berdasarkan tuduhan dan justifikasi masyarakat dunia luar.

Watak-watak dalam pementasan ini terdiri daripada tahanan-tahanan orang kulit hitam (afrika-amerika), bangsa Puerto Rico dan kulit putih.

Mereka mempunyai cara mereka sendiri untuk bergaul sesama sendiri dalam masyarakat mereka sendiri dan juga untuk mencari jalan untuk melepaskan diri daripada terperangkap dalam kegilaan dan keserabutan mental, sama ada melalui kasih sayang, agama, keganasan, kepercayaan, dadah dan sebagainya.

Tarikh pementasan:

Full Dress Rehearsal: Rabu, 4 Ogos 2010, 8.30pm
Masa pertunjukan: Khamis, 5 Ogos 2010 – Sabtu 7 Ogos 2010, 8.30mlm dan Ahad, 8 Ogos 2010, 3 petang

See also  Noise Performance House announces theatre training lineup

Lokasi: PJ Live Arts – Alamat: PJ Live Arts Sdn Bhd, 2A-3, Block K, Jaya One, Seksyen 13, No.72A, Jalan Universiti Petaling Jaya, Malaysia

Tiket atas sumbangan minima:

Full Dress Rehearsal: RM15 untuk semua tempat duduk

Masa pertunjukan: RM30 (dewasa), RM15* (pelajar dengan kad pelajar yang sah dan OKU)

*Terhad kepada 60 tempat bagi setiap pementasan. Sebarang pertanyaan, urusan promosi: 019-2232002 (Faisal).

Sebarang tempahan tiket sila hubungi 012-2395209 (Hafiz) atau email kepada [email protected].

Sidang redaksi Rumah Anak Teater:-

Olahan /Arahan: Fared Ayam – Pengarah Artistik: Nam Ron
Penerbit Eksekutif: Faisal Mustaffa
Penaung: Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong
Pelakon:-
Beto Kusyairy
Taiyuddin Bakar
Nam Ron
Amirul Affendi
Tayanithi
Khairunadzwan Rodzy
Khairil Ridzuan K’N
Kirin Muhamad
Hafizee Hatta
Xavier Fong