KRT dan SRS semakin relevan dapat sambutan di Selangor

KRT dan SRS semakin relevan dapat sambutan di Selangor

Rukun tetangga dan skim sukarelawan kini mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat.

gambar hiasan, skim rondaan sukarela (SRS) dilaksanakan baru-baru ini

Kewujudan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) semakin meningkat dan relevan di Selangor selaras dengan peningkatan kesedaran orang ramai untuk membantu kerajaan membanteras jenayah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dalam masa hampir dua setengah tahun jumlah KRT di Selangor meningkat sebanyak 26 peratus daripada 495 pada 2007 kepada 624 setakat Jun tahun ini, kata beliau dalam ucapan perasmian Sambutan Bulan Perpaduan Peringkat Negeri Selangor di sini Ahad malam.

Bagaimanapun jumlah SRS meningkat lebih 100 peratus daripada 116 pada 2007 kepada 233 di seluruh Selangor, katanya.

Ini memberi sumbangan positif kepada salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), iaitu mengurangkan kadar jenayah, katanya dipetik daripada Bernama.

See also  Lifebuoy hosts Ramadan event for hygiene education 

Dr Koh berkata beliau sedang berusaha bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi mewujudkan satu rangkaian keselamatan yang terdiri daripada gabungan SRS, polis, Ikatan Relawan Rakyat, Jabatan Pertahanan Awam dan RakanCop bagi menarik penyertaan lebih ramai anggota masyarakat dalam menjaga keselamatan.

Pada majlis itu, Dr Koh menyampaikan Anugerah Khas, “Wira Perpaduan” kepada Abdul Halim Mohamed Redzuan yang merupakan antara 12 sukarelawan Malaysia di kapal Mavi Marmara yang ditawan oleh askar Israel semasa dalam pelayaran menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini.

Abdul Halim, 40, ialah Timbalan Pengerusi KRT Taman Desa Indah Klang dan berkhidmat sebagai Eksekutif Teknikal di Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

See also  WVM launches 'Right the Wrong' campaign to combat poverty and hunger