Nescafe tersenarai dalam Malaysia Book of Records

Nescafe tersenarai dalam Malaysia Book of Records

Nestle (Malaysia) Berhad melakar sejarah tersendiri apabila produknya, Nescafe Menu disenaraikan dalam Malaysia Book of Records.

Nestle (Malaysia) Berhad melakar sejarah tersendiri apabila produknya, Nescafe Menu, kopi yang dicipta mengikut selera tempatan dengan tiga pilihan lazat, disenaraikan dalam Malaysia Book of Records.

Rekod baru itu dicatat menerusi replika raksasa pek produk Nescafe Menu Neslo yang mempunyai ketinggian 7.2 meter (m) dan 3m lebar yang disiapkan dalam tempoh 14 hari dan mengambil masa empat jam untuk dipasang dalam kempen ‘Setting the Record Straight’ di Giant Kota Damansara, baru-baru ini.

Nescafe Menu Ipoh White Coffe pula menggunakan kain rentang berukuran 6m panjang dan 1.2m lebar untuk membolehkannya mendapat rekod Panji Terpanjang yang kemudian digantung pada belon udara panas.

Selain itu, produk Nescafe Menu Tarik pula menjadi komponen utama dalam acara Tarik Terbesar yang disertai 700 peserta.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Pengarah Eksekutif Rangkaian Bekalan Malaysia dan Singapura Nestle, Ariffin Burhanudeen dan dihadiri Pengarah Perdagangan Giant Malaysia, Ian Cruddas.