Seminar teknologi pengurusan sistem pepejal hargai alam sekitar

Seminar teknologi pengurusan sistem pepejal hargai alam sekitar

Seminar `The application Of carbonisation technology for management of industrial scheduled waste` yang dianjurkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersama Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia cawangan Selangor bertujuan untuk memberi gambaran kepada peserta berkenaan situasi semasa dan pendekatan teknologi pengurusan setempat.

Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohamad Roslan Sakiman berkata, menerusi seminar itu, peserta memperolehi pendedahan dari segi keberkesanan kos, selamat, mesra alam dan efisyen ke atas buangan sisa berjadual.

Menurutnya secara tidak langsung,dapat mewujudkan satu persekitaran yang sejahtera dan mampan dibawah prinsip usahasama Local Agenda 21 Petaling Jaya.

“Seminar ini tidak dapat direalisasikan sekiranya tiada sambutan daripada organisasi syarikat dan masyarakat tempatan,”katanya.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Ahli Majlis MBPJ, Michael Soon di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat MBPJ semalam.

See also  HWUM earns recognition for graduate employability

Dalam majlis tersebut, Michael Soon turut mengingatkan ahli majlis MBPJ supaya turut sama mendidik masyarakat menjaga persekitaran di kawasan perumahan.

Menurutnya, mentaliti masyarakat yang gemar membuang sampah tanpa mengambil tahu bahan buangan  perlu dididik supaya timbul tahap kesedaran di kalangan mereka.

“Pada hari ini, masyarakat tidak mempraktikan cara membuang sampah yang betul menggunakan tong alumnium, kertas dan kaca yang disediakan di kawasan perumahan, sikap ini perlu dihakis,”katanya.