Taman Nesa, JB: Kerja pembaikpulihan longkang selekeh

Taman Nesa, JB: Kerja pembaikpulihan longkang selekeh

Longkang terdedah tanpa penutup di Jalan Ronggeng 28, Taman Nesa baru-baru ini telah dibaikpulih, namun besi yang dipasang tidak kukuh.

Wartawan Masyarakat mendapati besi ini telah bengkok akibat kereta yang diletakkan di atasnya dan longkang berkenaan penuh dengan sampah-sarap.

Puan Kogilawani, penduduk Taman Nesa dan juga merupakan Ketua DAP cawangan taman itu menyatakan ketidak puashatiannya terhadap kerja baikpulih yang tidak sempurna itu.

Sebelum ini seorang warga emas, S.Subramaniam, 61,  telah terjatuh ke dalam longkang berkenaan dan mengalami kecederaan di kaki dan kepala.

Mengikut penduduk Taman ini , ini bukanlah kemalangan pertama di tempat itu. Apa diharapkan oleh penduduk ialah pembaikpulihan longkang yang sempurna dan tahan lama.

See also  Brother International Malaysia supports cancer screening

By Vijaya Kumar Rahman, Wartawan Masyarakat

Vijay Kumar