Himpunan Hijau Bersama Bersih di KK

 

Perhimpunan Bersih 3.0 hari ini 28 April 2012 dianggap amat berjaya dengan penyertaan daripada segenap lapisan masyarakat.

Di Kota Kinabalu beberapa persatuan bukan kerajaan (NGO) menyertai perhimpunan.

CJMY ditugaskan di Suria Sabah dimana beberapa NGO termasuk Himpunan Hijau yang diketuai oleh SM Muthu, United Sabah Dusun Association (USDA) diketuai Presidennya Datuk Kalakau Untol  dan Democratic Action Party ( DAP ) diketuai oleh YB Jimmy Wong.

Ahli ahli USDA  yang datang dari jauh khasnya dari Telupid dan Paitan menyatakan tujuan mereka menyertai perhimpunan Duduk dan Bantah anjuran BERSIH 3.0 adalah untuk mendapatkan keadilan mengenai hak hak mereka sebagai penduduk Sabah dimana dikawasan mereka sahaja masalah tanah, NCR yang diganti dengan Communal Title.

Disamping itu mereka juga menyentuh tentang kawasan perkuburan bagi penduduk yang tidak di gazet sebagai Tanah Perkuburan oleh kerajaan.

Rata rata penduduk dikawasan tersebut membantah usaha kerajaan memperkenalkan Geran Komunal kerana ianya terpesong daripada  NCR.  Maka walaupun jauh mereka sanggup datang untuk memberikan sokongan kepada BERSIH untuk membantah termasuk RCI untuk PTI.