Satu lagi perhimpunan ‘123 BANGKIT’ akan datang

KOTA KINABALU – Berikutan daripada kegagalan untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, semasa perhimpunan aman “123 Bangkit” baru-baru ini, penganjur tersebut mahu mengadakan satu lagi perhimpunan pada masa terdekat

Berikutan daripada kegagalan untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, semasa perhimpunan aman “123 Bangkit” baru-baru ini, penganjur tersebut mahu mengadakan satu lagi perhimpunan pada masa terdekat.

Dalam satu sidang media yang berlangsung baru-baru ini, penganjur “123 Bangkit” meluah rasa kecewa dan mensasarkan penyertaan seramai 10,000 orang untuk perhimpunan akan datang. Mereka juga mahu lebih banyak badan-badan bukan kerajaan dan pemimpin-pemimpin parti politik untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Mereka juga meluahkan rasa kecewa di atas insiden Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman, yang dinafikan kemasukkan ke Sabah sedangkan beliau adalah seorang warga rakyat Malaysia.

Mereka turut menanya dan meminta Ketua Menteri menjelaskan kenapa seorang warga Malaysia, (Mazlan Aliman) dinafikan kemasukkan ke negeri Sabah sedangkan pendatang tanpa izin (PATI) secara mudah memasuki negeri ini.

Pihak penganjur juga merakamkan]terima kasih kepada pihak Polis di atas kerjasama mereka dalam memastikan kawalan trafik dan keselamatan terjaga sepanjang perhimpunan aman tersebut.

Hadir dalam sidang media tersebut adalah Setiauasaha Tabah PAS, Lahirul Latigu, wakil MAFREL Sabah, Jerry Ombou, Bendahari Tabah PAS, Mohd Firdaus Muhammad Nor serta AJK Tabah PAS, Wan Azhaniz Bin Wan Aziz.

Menurut pihak penganjur telah menumumkan bahawa perhimpunan aman ‘123 BANGKIT’ bakal berlangsung serentak di Pasar Seni, Kuala Lumpur, Melaka, dan di Johor Bahru.

Pihak penganjur telah memperkenalkan laman Facebook rasmi perhimpunan aman ‘123 BANGKIT’.

 

Jeffery George