Sambutan Hari Buruh MTUC di Subang Jaya

SUBANG JAYA – Seramai 300 orang ahli kesatuan pelbagai sektor dan 40 orang pekerja asing Nepal turut menyertai sambutan ini.

Satu sambutan telah diadakan di perkarangan bangunan Kongres Kesatuan Malaysia (MTUC) pada pagi ini di Subang Jaya untuk menyambut Hari Buruh.

Sambutan itu yang dianjurkan oleh MTUC bahagian Selangor di bawah pimpinan Gopal Krishnan dan Hamdan, telah turut disertai oleh presiden MTUC, Khalid Atan dan pemimpin MTUC yang lain.

Seramai 300 orang ahli kesatuan pelbagai sektor dan 40 orang pekerja asing Nepal turut menyertai sambutan ini.

Majlis sambutan ini dimulakan dengan lagu kebangsaan dan diikuti dengan lagu solidariti kesatuan. Lebih sepuluh pemimpin kesatuan yang memberikan ucapan dan meyeru agar ahli kesatuan bersatu padu bagi menegakkan hak kesatuan sekerja.

Satu deklarasi telah dibaca pada sambutan tersebut yang mengariskan butiran seperti berikut;

1. Melaksanakan Gaji Minimum RM900(sebagai asas) dan elaun biaya hidup (Cola) RM300;
2. Mengurangkan waktu kerja seminggu dari 48 jam kepada 40 jam;
3. Melanjutkan faedah umur persaraan kepada 60 tahun kepada semua pekerja sektor swasta dengan memberi faedah persaraan yang dikira berdasarkan gaji sebulan bagi setiap tahun perkhidmatan;
4. Pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja secara wajib;
5. Memansuhkan sistem “contractor for labour” dan penglibatan orang tengah telah diperkenalkan dalam Akta Kerja 1955.

Berikut adalah komen pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja

Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan

Semua pemimpin dan ahli kesatuan bersatu bagi memperkasakan kesatuan yang membolehkan hak asasi pekerja terjaga dan matlamat dicapai.

Mantan Presiden MTUC, Syed Shahir

Konsep1 Malaysia amat baik sekiranya ia juga diamalkan kepada pekerja-pekerja Malaysia bukannya mempunyai struktur gaji yang berbeza iaitu satu bagi pekerja sektor swasta dan satu lagi bagi pekerja sektor awam. Katanya gaji mimimum tidak harus mengambil kira elaun tetap ia seharusnya adalah merupakan gaji pokok atau asas tanpa elaun tetap.

Persekutuan Pekerja-pekerja Tembaga Antarabangsa, P. Arunasalam

Semua pekerja perlu bersatu di bawah satu bumbung yang akan memperteguh dan memperkuatkan tuntutan kaum pekerja.

Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu, Abdul Razak Md Hassan

Tidak bersetuju dengan Menteri Sumber manusia yang memberi kebenaran pindaan akta meluluskan kontak buruh yang dikatakan memberi kesan buruk kepada kaum pekerja.

Presiden Badan Perhubungan UNI Malaysia, Shafie BP Mammal

Tindakan-tindakan yang memberi tekanan kepada pemimpin–pemimpin kesatuan harus dihentikan serta merta dan menghormati hak kesatuan sekerja serta hak pekerja-pekerja bagi mencapai perhubungan perusahaan yang harmoni.

Rajeswari