KR1M untuk CUEPACS dan MTUC

SERDANG – Lebih dari 12,000 peserta telah mengambil bahagian dalam perhimpunan ini yang diwakili oleh 200 kontinjen dari pelbagai sektor.

Majlis Perhimpunan Hari Pekerja anjuran Kementerian Sumber Manusia telah berlangsung dengan meriah di Dewan Serbaguna, Taman Ekspo Pertanian  Serdang Malaysia (MAEPS) pada Mei 12.

Lebih dari 12,000 peserta telah mengambil bahagian dalam perhimpunan ini yang diwakili oleh 200 kontinjen dari pelbagai sektor di samping 135 pameran yang telah memperagakan pelbagai barangan dan perkhidmatan.

Tiga kontinjen dan tiga booth terbaik telah memenangi hadiah istimewa di samping anugerah-anugerah pekerja cemerlang, kesatuan terbaik, syarikat dan majikan terbaik telah diberikan di dalam majlis ini.

 

Perdana Menteri, Najib Abdul Razak dalam Majlis Perhimpunan Pekerja 2012 di MAEPS

Majlis ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak. Turut hadir ialah Menteri Sumber Manusia, S.Subramaniam, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, Presiden MEF, Datuk Azman Shah Haron dan Presiden MTUC Mohd Khalid Atan.

Kontinjen terbaik

Tema hari pekerja tahun ini ialah ‘Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi’.

Dalam majlis ini Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa 10 buah Kedai Rakyat 1Malaysia(KR1M) akan diberi tanggungjawab untuk diuruskan oleh MTUC dan CUEPACS. Kedai ini akan membekalkan barangan keperluan dengan harga yang berpatutan bagi menampung keperluan rakyat dan pekerja.

Booth pameran terbaik

Di samping itu Najib juga telah menyatakan bahawa hubungan tripartite iaitu kerjasama tiga pihak di antara pekerja, majikan dan kerajaan dalam menangani segala permasalahan dan menjana pertumbuhan ekonomi serta produktiviti amat penting untuk menjayakan transformasi negara.

 

Rajeswari