Bengkel latihan membanteras pemerdagangan manusia

JOHOR BHARU – Di bawah Seksyen 2 Akta ATIP ini, pemerdagangan orang diklasifikasikan sebagai perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan dan termasuk merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang.

Akta Anti Pemerdagangan Orang  dan Penyedudupan Migran 2007 (ATIP-SOM) yang telah berkuatkuasa pada tahun 2010. Ketua Unit Pendakwaan Negeri Johor, Umar Saifuddin Jaafar berkata, “Di bawah Seksyen 2 Akta ATIP ini, pemerdagangan orang diklasifikasikan sebagai perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan dan termasuk merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang.”

Beliau berkata, pemerdangangan orang melibatkan proses eksploitasi kepada mangsa bagi mendapatkan keuntungan. Proses eksploitasi ini biasanya melibatkan seks,perkhidmatan paksa,pengabdian,pemindahan organ manusia dan penjualan bayi.

Menurut Timbalan Yang DiPertua Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) Dato’ Faridah Khalid, aktiviti pemerdagangan orang menjadi semakin berleluasa dari segi modus operandi. Menurut beliau pemerdagangan seperti itu menggunakan pelbagai cara bagi merekrut mangsa termasuk tipu helah, pujuk rayu, janji palsu, paksaan,kekerasan, godaan, ancaman, penculikan dan pemalsuan.

Kebanyakkan mangsa yang diperdaya akan dieksploitasikan dalam sektor seks termasuk pelacuran, pornografi dan dijadikan buruh paksaan. Ada diantara  mereka juga dieksploitasikan sebagai penghambaan, pemindahan organ dan penjualan bayi. Mereka yang dieksploitasikan ini kebanyakkannya terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak.

Aktiviti jenayah seperti ini sememangnya sukar dikawal disebabkan permintaan tinggi diperingkat global dan kurang informasi dikalangan golongan cenderung.

Pemerdagangan orang adalah jenayah global yang kedua terbesar di dunia selepas penyeludupan dadah kemudian diikuti penyeludupan senjata api. Industri ini dianggarkan berjumlah USD40 bilion sedunia.

Faridah juga menyarankan agar semua pihak berganding bahu dan tenaga bersama-sama membantu dan membentras jenayah ini. Semua agensi Kerajaan, NGO, Badan Berkanun dan orang ramai perlu memandang serius mengenai perkara ini demi menjamin kesejahteraan hak asasi manusia.

NGOs yang akan terlibat dalam membanteras pemerdagangan orang adalah  : The Befrienders of  Johor Bahru, Johor Women ‘s League,  Pertubuhan Kebajikan Inang Sejati, Pertubuhan Ikram , Johor Indian Women AssociationMalaysia. Agensi kerajaan : Agensi Pengkuasan Maritim Malaysia (APMM) ,  Jabatan Tenaga Kerja(JTK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT), Jabatan Bantuan Guaman (JBG) and others.

Bengkel latihan membanteras pemerdagangan manusia dianjurankan oleh Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), Kementerian Dalam Negeri dan NCWO dengan kerjasama YPK Darul Ta’zim.

 

 

Feature image by Indrani Kopal, Malaysiakini.

Goh Siew Mei