Keputusan MUET akhir tahun 2011 keluar Khamis ini

Keputusan MUET akhir tahun 2011 keluar Khamis ini

Keputusan Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2011 akan dikeluarkan Khamis ini (12 Jan), demikian menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) semalam.

Keputusan Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2011 akan dikeluarkan Khamis ini (12 Jan), demikian menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) semalam.

Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka dari sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi pada tarikh berkenaan manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.

“Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET<jarak><No. Kad Pengenalan> dan menghantarkannya ke 15888, mulai jam 12.01 tengah malam 12 Januari ini dan melalui ‘online’ dengan melayari portal MPM, www.mpm.edu.my mulai 9 pagi tarikh tersebut,” kata kenyataan itu.

Seramai 93,869 calon telah menduduki ujian itu di 943 buah pusat ujian di seluruh negara.

See also  Safeguarding children's privacy on social media

Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET mereka, boleh membuat rayuan semakan semula dengan bayaran sebanyak RM70 dan tarikh tutup rayuan ialah 27 Januari ini.

– Bernama