Dua kanak- kanak hilang di George Town ditemui selamat

Dua kanak- kanak hilang di George Town ditemui selamat

Dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika bermain di taman permainan di rumah mereka di Flat Padang Tembak di sini minggu lepas ditemui semula hari ini.

Dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika bermain di taman permainan di rumah mereka di Flat Padang Tembak di sini minggu lepas ditemui semula hari ini.

R. Dass, 7, dan kawannya D. Santiran, 8, dilaporkan dihantar balik dengan teksi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata kedua-duanya memberitahu telah dibawa dari taman permainan itu oleh seorang wanita ke kawasan perumahan Hong Seng Estate dan ditinggalkan di situ.

“Mereka mendakwa dijaga oleh seorang lelaki, sebelum dihantar balik ke rumah mereka dengan teksi,” kata Gan dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun beliau berkata polis akan terus menyoal siasat kanak-kanak tersebut kerana keterangan yang mereka berikan adalah meragukan.

See also  Safeguarding children's privacy on social media

– Bernama