D’Cruz: Banyakkan karya bahasa Tamil

D’Cruz: Banyakkan karya bahasa Tamil

Datuk Maglin Dennis D’Cruz berkata setakat ini sebanyak 451 judul buku dalam bahasa Tamil diterbitkan berbanding 49,676 dalam bahasa Melayu dan 37,072 bahasa Inggeris .

Penerbit dan penulis buku di negara ini digalak memperbanyakkan hasil karya dalam bahasa Tamil.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D’Cruz berkata setakat ini sebanyak 451 judul buku dalam bahasa Tamil diterbitkan berbanding 49,676 dalam bahasa Melayu, 37,072 bahasa Inggeris dan 10,144 bahasa Cina sejak Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 diwujudkan.

“Saya berharap penulis dan penerbit buku bahasa Tamil berani tampil ke hadapan dan menulis lebih banyak karya dalam bahasa ini.

Saya rasa tidak banyak buku ditulis dalam bahasa Tamil berbanding majalah,” katanya kepada pemberita semalam selepas menyampaikan hadiah dan pengiktirafan kepada penulis dan penerbit buku di Perpustakaan Negara Malaysia.

See also  Gelly Wee: Bridal bliss with record-breaking event

Antara pemenang ialah Ketua Eksekutif Institut Akhbar Malaysia Datuk Chamil Wariya dengan buku bertajuk “Najib Razak: Pendakian Ke Puncak Kuasa” terbitan Media Global Matrix Sdn Bhd.

Beliau memenangi hadiah RM5,000 serta sijil bagi kategori dewasa (Bahasa Melayu). Kategori dewasa (Bahasa Inggeris) pula dimenangi Paridah Abdul Samad dengan buku bertajuk “Datuk Seri Najib: Malaysia’s First Political Blue Blood” terbitan Partisan Publication & Distribution.

D’Cruz berkata berkata kementerian sentiasa memberi peluang kepada penulis dan penerbit buku yang ingin menghasilkan karya dalam bahasa tamil.

– Bernama