SJK (C) Ken Boon menang anugerah sekolah terbaik program pintar

SJK (C) Ken Boon menang anugerah sekolah terbaik program pintar

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ken Boon dari Johor hari ini memenangi hadiah wang tunai RM10,000 bagi anugerah sekolah terbaik di bawah program Pintar CIMB bagi pencapaian akademik dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Shukri Hussin berkata sekolah itu adalah antara 10 sekolah yang menjadi anak angkat Yayasan CIMB sejak empat tahun lalu.

Yayasan CIMB menyediakan satu platform ICT bagi meningkatkan metodologi pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kepada penguasaan bahasa Inggeris dan kecemerlangan akademik,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah dan anugerah sekolah Pintar.

Program itu merupakan satu kerjasama inisiatif tanggungjawab sosial oleh syarikat berkaitan kerajaan di Malaysia di bawah naungan Khazanah Nasional Berhad yang bermatlamat untuk memupuk kecemerlangan akademik di kalangan kanak-kanak sekolah luar bandar.

See also  Pepsodent sets new record with toothbrushing event

Sementara itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Kundor dan SK Pauh Lima dari Kelantan masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga dengan memenangi wang tunai RM8,000 dan RM5,000.

Yayasan itu juga memberikan hadiah kepada sekolah-sekolah dengan prestasi yang konsisten dan pencapaian terbaik mulai 2008 hingga 2011 di mana hadiah itu digunakan untuk kegunaan sekolah.

– Bernama