Hanya 16 mangsa masih di pusat pemindahan banjir di Johor

Hanya 16 mangsa masih di pusat pemindahan banjir di Johor

Seramai 16 mangsa banjir terdiri daripada tiga keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan Balai Raya Kampung Cahaya, Air Hitam sehingga empat petang hari ini.

Seramai 16 mangsa banjir terdiri daripada tiga keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan Balai Raya Kampung Cahaya, Air Hitam sehingga empat petang hari ini.

Menurut Bilik Gerakan Bencana Negeri Johor, setakat ini hanya sebuah pusat pemindahan mangsa banjir yang dibuka di negeri itu.

Bagaimanapun jurucakapnya berkata pihak Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor sentiasa memantau rapi keadaan berikutan keadaan hujan yang kerap melanda beberapa bahagian negeri ketika ini.