ADUN Air Itam: Jalan penyelesaian masalah tangki pembentungan najis

PULAU PINANG – Berhubung masalah tangki pembentungan najis melimpah di Taman Tun Sardon yang dipaparkan di laman CJMY pada 29 Jun 2012 mendapat reaksi dan pandangan dari ADUN Air Itam Wong Hon Wai.

Berhubung masalah tangki pembentungan najis melimpah di Taman Tun Sardon yang dipaparkan di laman Citizen Journalists Malaysia (CJMY) pada 29 Jun 2012 mendapat reaksi dan pandangan dari ADUN Air Itam Wong Hon Wai.

Wong berpendapat masalah yang dihadapi penduduk peralihan Taman Tun Sardon sebenarnya sama dengan apa yang berlaku kepada penduduk Jalan Satu dan Happy Valley, Ait Itam.

Beliau berkongsi pandangan dan pengalaman beliau menyelesaikan masalah pembentungan najis melimpah di Jalan Satu dan Happy Valley Air Itam kepada CJMY ketika ditemui dimajlis pelancaran mengecat semula bangunan Blok A, rumah pangsa Kampung Melayu, Air Itam.

Menurut beliau masalah limpahan tangki pembentungan najis yang dihadapi oleh penduduk Jalan Satu dan Happy Valley, Air Itam dapat diselesaikan secara baik dengan termenterainya perjanjian pengosongan, pengendalian dan penyelenggaraan tangki pembentungan diantara penduduk Jalan Satu, Happy Valley, Air Itam dan Indah Water Konsortium (IWK).

See also  Air Itam Dam low on water, PBAPP urges conservation 

Perjanjian yang dibuat di Pulau Pinang adalah yang pertama seupamanya di utara Malaysia.

Cadangan beliau penduduk rumah peralihan Taman Tun Sardon bersama ADUN Seri Delima YB Sanisvara Netaji Rayer dan IWK agar mengambil pendekatan penyelesaian yang sama dengan Jalan Satu dan Happy Valley, Air Itam.

Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 seksyen 62(1) dan (2) yang telah dikuatkuasa menyatakan bahawa tanggungjawab bagi tangki septik komunal adalah terletak di bawah tanggungjawab bersama pemilik atau penghuni premis-premis tanpa mengira lokasi tangki septik itu.

Setiap pemilik atau penghuni adalah bertanggungan untuk membayar caj untuk perkhidmatan pembentungan seolah-olah pemilik tangki septik individu.

YB Wong juga menegaskan terdapat 40 Common Septic Tank (CST) di Pulau Pinang dan melebihi 1000 di seluruh negeri di Malaysia.

See also  ASIAWATER tackles water security challenges in SEA

Beliau mencadangkan suatu penyelesaian yang lebih menyeluruh di peringkat kementerian dan kerajaan pusat diusahakan agar masalah CST di kawasan-kawasan perumahan teres diseluruh negeri di Malaysia dapat ditangani.

Menurut beliau masalah limpahan kumbahan ke longkang maupun sungai jika tidak dikawal ianya bukan sahaja mengakibatkan bau busuk tetapi boleh mengakibatkan pencemaran alamsekitar.

Rujukan:

Shared Responsibility for Communal Septic Tank Owners

The first septic tank agreement in Penang

Kana S Murugaian