Nik Aziz: Air Kelantan kotor

Nik Aziz: Air Kelantan kotor

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui air di negeri ini kotor dan antara punca utama kekotoran tersebut adalah pembangunan di kawasan hulu negeri ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui air di negeri ini kotor dan antara punca utama kekotoran tersebut adalah pembangunan di kawasan hulu negeri ini.

Bagaimanpun, beliau berkata pihaknya tidak mengetahui sama ada tahap kekotoran itu adalah seperti yang dilaporkan oleh akhbar semalam.

Katanya pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan PAS Kelantan dalam mengawal pembangunan di Hulu Kelantan untuk mengelakkan daripada berlakunya pencemaran alam terutamanya sungai.

“Saya akui benda itu (kekotoran air) berlaku, tetapi sampai ke tidak seperti diperbesar-perbesarkan itu soal kedua…kena ingat lain daripada Sungai Kelantan pun kotor juga,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan khas akhbar berbahasa Melayu semalam mengenai tahap kualiti air di negeri ini yang dipercayai terkotor dan mengandungi logam serta bakteria berbahaya.

See also  Air Itam Dam low on water, PBAPP urges conservation 

Ekoran itu Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam reaksi balasnya mendakwa kemunculan bakteria dan logam berbahaya dalam air adalah sesuatu yang lumrah dan ia berlaku di semua negeri dan bukan di Kelantan sahaja.

– Bernama