Pemaju punca berlaku banjir 14 kali

MELAKA – Ali Johari, pemilik rumah yang menetap Kampung Tun Razak, Ayer Keroh, Melaka mengadu yang rumahnya sering dilanda banjir semenjak dari tahun 2007 sehingga sekarang. [VIDEO]

Ali Johari, pemilik rumah yang menetap Kampung Tun Razak, Ayer Keroh, Melaka mengadu yang rumahnya sering dilanda banjir semenjak dari tahun 2007 sehingga sekarang. Banjir yang berlaku itu sudah masuk kali ke-14 sehingga sekarang.

Beliau juga terpaksa hidup dalam keadaan berjaga-jaga kerana keadaan rumahnya yang semakin hari semakin retak akibat banjir dan pergerakan tanah yang mula memberi kesan menyebabkan berlaku keretakan yang amat ketara.

Pemaju sekarang tidak mahu mengambil berat dan tiada sebarang tindakan diambil ke atas rumah beliau. Setiap kali beliau membuat aduan dan tiada maklum balas daripada pihak berwajib.

Kerosakan yang dialami terutama kenderaan melebihi RM10,000 dan juga kerosakan barangan perabot.

See also  Malaysia ranks 4th globally in skyscraper count

Beliau juga telah membuat aduan kepada pihak berwajib serta mendapat liputan media namun tiada sebarang tindakan diambil.

Azmi

Photographer