Kerajaan negeri ganda aset hasil penstrukturan hutang Talam

Oleh Pejabat MB Selangor


Menteri Besar Pemerbadanan (MBI), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengadakan pameran penstrukturan semula hutang Talam Corporation Berhad (Talam) yang berjumlah RM391.99 juta.

Pameran ini memperincikan pembangunan di atas tanah TALAM yang diambilalih oleh MBI menerusi perjanjian pengambilalihan antara TALAM dan Kerajaan Negeri Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan pameran ini diadakan kerana masih ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang kurang faham proses pengambilalihan hutang TALAM dan bagaimana rancangan Kerajaan Negeri terhadap tanah-tanah yang diambilalih. Pameran ini diadakan bermula pada hari ini sehingga sidang dewan berakhir.

Daripada penstrukturan semula hutang-hutang TALAM yang berjumlah RM391.99 juta ini, Kerajaan Negeri Selangor telah Berjaya menggandakan nilai aset ini kepada lebih RM12 billion.

MBI menjual tanah di Bukit Beruntung kepada PKNS dengan harga RM16.9 juta dan pelan pembangunan dianggarkan bernilai RM2.4 billion.

Bagi tanah di Bestari Jaya, MBI menjual seluas 1,312.89 ekar kepada PNSB dengan harga RM180 juta dan pelan pembangunan untuk projek Bestari Lake Side dianggarkan bernilai RM1.6 billion.

MBI menjual tanah di Bukit Beruntung kepada PNSB seluas 1,275.92 ekar untuk dibangunkan Beruntung Park Land dengan pelan pembangunan dianggarkam bernilai RM1billion.

Manakala PNSB merancang membangunkan tanah di Canal City di Kuala Langat dengan projek Eco Digital Media City yang dianggarkan bernilai RM7.2 billion.

Projek–projek ini dirancang dibangunkan secara bersepadu sebagai pusat penempatan, rekreasi dan pusat komersial untuk semua golongan.

Projek perumahan yang dirancang turut melibatkan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah sejajar dengan matlamat Kerajaan Negeri memastikan setiap keluarga berpeluang memiliki rumah.

Hutang ini telah wujud sejak 10 tahun lalu di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri terdahulu apabila TALAM sebagai pemaju yang menguruskan projek-projek melibatkan anak syarikat kerajaan Negeri telah gagal membayar pulangan seperti yang ditetapkan dalam perjanjian-projek usaha sama dan projek penswastaan.

TALAM juga gagal membayar tanah-tanah yang telah dibeli daripada anak-anak syarikat, Bagaimanapun, hutang TALAM ini tidak pernah diiktiraf dalam akaun anak syarikat yang terlibat iaitu Kumpulan Harta Selangor Berhad (KHSB), Pendidikan Industri YS Berhad (PIYSB) dan PNSB.

Hutang TALAM berjumlah RM391.99 juta ini telah berjaya dikutip sepenuhnya oleh MBI menerusi secara tunai dan pengambilalihan aset milik TALAM setelah dinilai harga mengikut pasaran semasa.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE