Pemuda PR Johor bergerak sepadu menawan negeri Johor

Sempena bulan Ramahdan yang mulia ini barisan pemuda Pakatan Rakyat Negeri Johor berkesempatan mengadakan majlis berbuka puasa bersama pihak media di sebuah hotel di Larkin, Johor Bahru, pada jam 6 petang semalam.

Seramai lebih kurang 30 warga media telah di jemput.

Majlis bermula dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Azam Abdul Razak, selaku timbalan ketua dewan pemuda PAS negeri Johor, dimana beliau telah menerangkan kepada para hadirin mengenai kebaikan amalan berpuasa yang bukan hanya diamalkan oleh muslimin tetapi juga agama agama yang lain.

Manakala dalam sidang media berikutnya, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Johor, Suhaizan Kaiat, telah menegaskan bahawa pemuda pakatan rakyat sedang bergerak sepadu dalam menjayakan cita cita PR menawan kerajaan negeri Johor dalam PRU 13 yang akan datang.