Pertemuan bekas pelajar SRK Holy Trinity Tawau ditunda

Pertemuan bekas pelajar SRK Holy Trinity Tawau ditunda

Bekas pelajar-pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Holy Trinity, Tawau akan mengadakan pertemuan semula dengan bekas rakan-rakan sekolah yang telah lama terpisah sejak 1986.

Pertemuan ulung kali ini, yang sepatutnya diadakan tahun ini telah ditunda ke tahun hadapan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pengerusi Pertemuan Semula SRK Holy Trinity, Jonathan Alcarde berkata, mesyuarat pertama untuk semua ahli jawatankuasa akan diadakan pada 15hb Oktober bertempat di Hotel Shervinton.

“Saya berharap kami akan terus mendapat sokongan daripada awal hingga akhir kerana ianya bukan suatu tugas yang mudah,” katanya sambil memohon maaf kerana terpaksa menunda tarikh mesyuarat tersebut.

Mesyuarat tersebut itu nanti menurut Jonathan akan membincangkan pengagihan tugas dikalangan ahli dan juga cadangan-cadangan lain berkaitan pertemuan tersebut.

See also  CTOS and AirAsia Academy join forces to empower SMEs

Dalam pada itu, satu kumpulan Facebook “FrendZ 4 Ever” telah diwujudkan di laman media sosial yang terkenal. Kumpulan ini akan menjadi landasan untuk mengumpulkan semula bekas pelajar SRK Holy Trinity yang bersekolah dari tahun 1981 hingga 1986.

Daripada 170 orang pelajar yang tamat darjah enam pada tahun 1986, 65 bekas pelajar telah berjaya dikumpulkan. Selain daripada itu, usaha giat untuk mencari guru-guru pernah mengajar di SRK Holy Trinity dari tahun 1981 hingga 1986, juga sedang giat dicari.

Majlis pertemuan ini akan diadakan pada 10hb Mac 2012 depan.

Bekas-bekas pelajar yang berminat, mereka boleh menghubungi Iskardi Argent (0178321618), Norlina Nassib (0129105197143550548) dan Adrian Dennis (0165837389).

See also  APU Blockchain team wins big at ETHTaipei Hackathon

Gary Louis Supi