Masjid terbakar, kerugian dianggarkan RM200,000

Masjid terbakar, kerugian dianggarkan RM200,000

Sebuah masjid musnah dalam kebakaran membabitkan kerugian dianggarkan lebih RM200,000 di Padang Changkat, Perak Tengah, 55 kilometer dari Ipoh, malam tadi.

Sebuah masjid musnah dalam kebakaran membabitkan kerugian dianggarkan lebih RM200,000 di Padang Changkat, Perak Tengah, 55 kilometer dari Ipoh, malam tadi.

Pegawai Bomba Kanan 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Tengah, Mohd Sharip Kasim berkata dalam kejadian pada pukul 9.30 malam itu, tiada jemaah berada di dalam masjid berkenaan kerana mereka sudah balik ke rumah masing-masing selepas selesai menunaikan solat Isya.

Kebakaran disedari oleh penduduk kampung berkenaan apabila ternampak asap dan api dari atas bumbung masjid lalu menghubungi bomba, katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Sharip berkata kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Seramai tujuh anggota bomba serta sebuah jentera berjaya memadamkan kebakaran setengah jam kemudian, katanya.

Masjid yang dibina pada 1989 boleh memuatkan lebih 200 orang jemaah ketika bersembahyang.

– Bernama