Mangsa kedua terjatuh dari kren meninggal dunia

Mangsa kedua terjatuh dari kren meninggal dunia

Seorang warga Indonesia yang cedera parah akibat terjatuh dari kren semasa menjalankan kerja mengecat bangunan di Kompleks Dataran Pahlawan di sini semalam, meninggal dunia hari ini.

Seorang warga Indonesia yang cedera parah akibat terjatuh dari kren semasa menjalankan kerja mengecat bangunan di Kompleks Dataran Pahlawan di sini semalam, meninggal dunia hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Supt Muhammad Koey Abdullah yang dihubungi Bernama berkata mangsa yang dikenali sebagai Sutrisno, 34, meninggal dunia kira-kira pukul 6 pagi tadi di Hospital Melaka.

Dalam kejadian pukul 10 pagi semalam, seorang warga Indonesia, Tasmikin, 24, terbunuh manakala rakannya parah selepas terjatuh dari kren yang dinaiki bagi menjalankan kerja mengecat bangunan apabila tiang kren itu patah.

– Bernama