Nasihat kesihatan semasa jerebu

Nasihat kesihatan semasa jerebu

Kenyataan: Kementerian Kesihatan Malaysia merujuk kepada kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS) keadaan berjerebu yang melanda sekitar kawasan Lembah Klang, negeri-negeri di utara Semenanjung, Melaka, dan Negeri Sembilan pagi ini disebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan akibat kebakaran yang berlaku di Sumatera, Indonesia.

Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia merujuk kepada kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS) keadaan berjerebu yang melanda sekitar kawasan Lembah Klang, negeri-negeri di utara Semenanjung, Melaka, dan Negeri Sembilan pagi ini disebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan akibat kebakaran yang berlaku di Sumatera, Indonesia.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara pada 12 September 2011, sehingga jam 11.00 pagi yang diperolehi daripada Jabatan Alam Sekitar, menunjukkan sebanyak 22 stesen (44%) merekodkan bacaan IPU Baik, manakala 28 stesen (56%) merekodkan bacaan IPU Sederhana. Tiada stesen merekodkan bacaan IPU melebihi 100 atau Tidak Sihat. Walau bagaimanapun, orang awam diminta mengambil langkah-langkah berikut bagi mengurangkan sebarang kesan akibat jerebu.

See also  CAP calls for shorter hours for eateries to combat obesity

Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah. Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (mask) dan pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih.

Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.

Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman.

Banyak minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari).

Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar.

Yang mengalami penyakit-penyakit selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.

Orang awam boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan mengurangkan kesan kesihatan diperolehi dari laman web http://www.infosihat.gov.my.

See also  Alpro Pharmacy & TCI Gene partner for genetic testing

Kualiti Udara (IPU) terkini pula boleh diperolehi daripada laman web Jabatan Alam SekitarĀ  www.doe.gov.my/apims