Beberapa program manfaat kepada penduduk Petaling Jaya dilancarkan

Beberapa program manfaat kepada penduduk Petaling Jaya dilancarkan

MBPJ telah melancarkan Kempen Antikutu sampah pada 21 Julai lalu di mana informasi dan kempen telah disebarluaskan di sekitar seksyen 52 dan seksyen 8, ujar Datuk Bandar, Datuk Roslan Sakiman.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah mengambil inisiatif melancarkan beberapa program memberi keselesaan penduduk Petaling Jaya.

Datuk Bandar, Datuk Roslan Sakiman berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) itu telah menyediakan perkhidmatan penyewaan basikal elektrik di Taman Jaya mulai 15 Ogos lalu.

Menurutnya inisiatif ini bertujuan menarik minat orang ramai berkunjung ke Taman Jaya dengan menggunakan peralatan riadah yang lain di taman tersebut.

“Bayaran dikenakan RM5 bagi setiap setengah jam tertakluk kepada terma dan syarat ditentukan,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat majlis penuh MBPJ, pagi tadi.

Selain itu, Roslan berkata MBPJ telah melancarkan Kempen Anti Kutu Sampah pada 21 Julai lalu di mana informasi dan kempen telah disebarluaskan di sekitar seksyen 52 dan seksyen 8.

See also  GSK urges adult vax awareness in aging Malaysia

Menurutnya setakat 23 Ogos lalu sebanyak 140,400 keping risalah telah diedarkan ke pusat penjaja, premis perniagaan, persatuan penduduk dan rukun tetangga.

“Sebanyak 180 buah tong dwi fungsi telah diletakkan di sekitar kawasan tersebut bagi memberi kemudahan orang ramai membuang sampah dan puntung rokok.

Mengulas lanjut, Roslan berkata anggota ‘task force’ Anti Kutu Sampah juga telah memulakan operasi 16 Ogos lalu dan berjaya menangkap 3 pesalah kerana membuang puntung rokok di merata tempat.

“Majlis akan meneruskan operasi bagi memastikan orang ramai tidak membuang sampah dan puntung rokok merata-rata,” katanya.