Pusat kebajikan LIMPAH perlu sumbangan orang ramai

Pusat kebajikan LIMPAH perlu sumbangan orang ramai

Tenaga pengajar, Normala Muhammed berkata dengan tanggungan yang bertambah dan kapasiti yang terhad, LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan yang berterusan dari orang ramai untuk menjayakan hasrat ini.

Laman Asnaf Permata Hatiku (LIMPAH) adalah pusat kebajikan dan penempatan yang menaungi golongan yang layak menerima zakat (asnaf), fakir-miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

Tenaga pengajar, Normala Muhammed berkata pusat itu memulakan operasinya pada Disember 2005 dengan menyewa sebuah rumah di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor dengan menempatkan 10 orang kanak-kanak pada waktu itu dari sekitar Selangor.

Gambar hiasan

“Berkat kesungguhan dalam memperjuangkan nasib golongan asnaf ini, LIMPAH kini sedang menanggung 70 orang pelajar yang tergolong dalam kategori ini,” katanya dihubungi Komunitikini, hari ini.

Normala berkata, mereka di tempatkan beberapa buah bangunan yang digunakan sebagai asrama dan sekolah.

See also  MCTF champions sustainability for future workforce

Menurutnya, anak-anak ini dididik dan diajar agar menjadi insan yang kenal diri dan Penciptanya, berperibadi mulia serta mampu memajukan diri, dan akhirnya akan memberi manafaat kepada orang lain di suatu masa nanti.

“Untuk melengkapkan sistem tarbiah, bermula Mei 2009, LIMPAH telah diamanahkan untuk mengambil alih Sekolah Maahad Tahfiz Aiqan bertempat di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan yang menampung pelajar seramai 55 orang yang terdiri daripada golongan miskin dan anak yatim,” katanya.

Oleh itu, Normala berkata dengan tanggungan yang bertambah dan kapasiti yang terhad, LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan yang berterusan dari orang ramai untuk menjayakan hasrat ini.

Menurutnya, sumbangan-sumbangan berbentuk barangan keperluan rumah dan sekolah, pakaian, makanan dan wang akan terus dimanafaatkan oleh golongan yang layak menerima ini tanpa melalui kerenah birokrasi yang menyulitkan.

See also  GRAMMY GO: Learn from music icons on Coursera

Sehubungan itu, mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Ustazah Normala Muhammed di talian (013-2931490) atau Cikgu Mustaffa Kamil Ahmad (018-2183001) untuk mengetahui maklumat lanjut.