Peladang dinasihat manfaatkan permintaan tinggi buah dan sayur

Peladang dinasihat manfaatkan permintaan tinggi buah dan sayur

Permintaan tinggi terhadap bekalan buah-buahan dan sayur-sayuran perlu dimanfaatkan oleh ahli-ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dengan meningkatkan aktiviti penanaman kempen Bumi Hijau, kata Pengerusi PPK Batu Kurau, Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Katanya semua Ketua Unit Peladang perlu berbincang dengan jabatan dan agensi berkaitan mengenai produk yang mendapat pasaran tinggi dan menceburi penamamannya secara meluas.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Beliau berkata walaupun aktiviti peladangan seperti kelapa sawit, getah dan sawah padi akan menjadi fokus kebanyakan PPK, kegiatan pertanian sampingan yang menghasilkan pulangan lumayan tidak harus diabaikan.

“PPK harus membuat perancangan membantu dan membangkitkan semangat ahli untuk bergerak cergas. Peladang yang berjaya adalah mereka yang sentiasa mahu belajar dan berdikari serta bersedia untuk bersaing,” kata Raja Ahmad Zainuddin.

– Bernama

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →