Transformasi pendidikan melalui PIBG SMK Labuan

LABUAN – Sekolah Menengah Sains Labuan telah mengadakan mesyuarat agung tahunan Persatuan Ibubapa dan Guru kali ke 21 baru-baru ini.

Rozman (tengah) Ismail (Kanan)

Sekolah Menengah Sains Labuan telah mengadakan mesyuarat agung tahunan Persatuan Ibubapa dan Guru kali ke 21 pada Sabtu lepas.

Mesyuarat tersebut telah diadakan di Dewan Samudera, di sekolah berkenaan.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Pengedar Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia, Cawangan Sabah (PEKEMA) Encik Rozman Datuk Hj. Isli.

Dalam ucapan perasmian, Rozman menyatakan bahawa penglibatan secara langsung para ibubapa dan guru dalam persatuan ini amat penting bagi menangani pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelajar dan pentadbiran sekolah, samada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum dan mampu membina sahsiah pelajar itu nanti.

Ini kerana pihak sekolah amat memerlukan dorongan dan sokongan dari ibubapa untuk mengekalkan kecemerlangan sekolah lebih-lebih lagi Sekolah Menengah Sains Labuan yang berstatus Sekolah Berprestasi Tinggi.

See also  GRAMMY GO: Learn from music icons on Coursera
Rozman Datuk Hj. Isli

Transformasi pendidikan negara yang dilancarkan oleh kerajaan juga menggalakkan penglibatan para ibubapa untuk memberikan sokongan yang padu kepada kecemerlangan pelajar melalui pembahagian masa yang sesuai kepada anak mereka membincangkan perkara-perkara samada akademik dan sosial, ujar beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan.

Pada mesyuarat tersebut juga telah dihadiri oleh para ibubapa yang diketuai oleh Yang Dipertuanya Encik Ismail Abdullah dan para guru-guru Sekolah Menengah Sains Labuan sendiri termasuklah Pengetua, Tuan Hj. Mahamad Shukri Said.

Pada ketika ini Sekolah Menengah Sains Labuan mempunyai seramai 451 orang pelajar yang terdiri daripada 220 orang lelaki dan 231 orang perempuan. Tenaga pengajar sekolah ini adalah seramai 53 orang.

See also  CTOS and AirAsia Academy join forces to empower SMEs

Sekolah ini telah dianugerahkan sebagai Sekolah Kecemerlangan Kluster pada tahun 2011 dan pada tahun 2012 pula berjaya mendapat status Sekolah Berprestasi Tinggi.

Ini merupakan satu rekod tersendiri bagi sekolah ini yang pertama di Labuan mendapat penganugerahan tersebut diperingkat sekolah menengah.

Ridzuan