Polis Perak kenal pasti 14 lokasi kerap berlaku kemalangan

Polis Perak kenal pasti 14 lokasi kerap berlaku kemalangan

Polis Perak mengenal pasti 14 lokasi di negeri ini yang didapati kerap berlaku kemalangan maut terutama menjelang perayaan.

Polis Perak mengenal pasti 14 lokasi di negeri ini yang didapati kerap berlaku kemalangan maut terutama menjelang perayaan.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata antara laluan itu ialah Jalan  Ipoh-Simpang Pulai, Ipoh-Teluk Intan, Ipoh-Butterworth, Jalan Sitiawan-Taiping,  Ipoh-Lumut, Ipoh-Kuala Lumpur dan Teluk  Intan-Hutan Melintang.

Lokasi lain ialah Sri Manjong-Simpang  Lekir, Sitiawan-Teluk Intan, Lebuhraya Timur  Barat Gerik-Jeli dan Ipoh-Taiping, kata kepada pemberita di sini hari ini.

“Sehubungan itu kita menempatkan seramai 234  anggota polis trafik di lokasi-lokasi strategik mulai  minggu depan sempena operasi di musim  perayaan bermula 22 Ogos hingga 16 Sept ini,” katanya yang ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen.

Mohd Shukri berkata melalui operasi kali ini,  pihaknya mensasarkan penurunan kadar kemalangan sekurang-kurangnya lima peratus.

“Pada operasi sebelum ini, kita berjaya  menurunkan kadar kemalangan sebanyak lima  peratus dan pada tahun ini kita optimis sasaran yang sama akan dicapai,” katanya.

Katanya operasi tersebut turut membabitkan Jabatan Pertahanan Awam, Bomba dan Jabatan Pengangkutan Jalan dan beberapa agensi lain.

– Bernama