Pengedar dadah ditahan di pekan

Pengedar dadah ditahan di pekan

Polis menahan seorang lelaki bersama 33 bungkusan plastik yang dipercayai berisi heroin dan syabu dalam serbuan di sebuah chalet di Merchong, Nenasi pagi semalam.

Polis menahan seorang lelaki bersama 33 bungkusan plastik yang dipercayai berisi heroin dan syabu dalam serbuan di sebuah chalet di Merchong, Nenasi pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata serbuan dilakukan pada pukul 1.15 pagi selepas mendapat maklumat awam.

“Polis mengetuk pintu chalet yang didiami suspek yang berusia 31 tahun sebelum suspek bertindak menutup semula pintu yang dibuka selepas menyedari kehadiran polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Namun katanya, lelaki yang bekerja sebagai pendawai elektrik itu tersungkur selepas polis menolak pintu chalet berkenaan dan berlaku pergelutan sebelum dia berjaya diberkas.

Yahaya berkata hasil pemeriksaan yang dilakukan polis berjaya menemui beg uncang berwarna hitam yang mengandungi beberapa tiub serta 33 bungkusan yang mengandungi dadah.

Beliau berkata semua dadah berkenaan dianggar bernilai RM15,000 dan polis turut merampas empat telefon bimbit, komputer riba serta sebuah kereta jenis Toyota SEG milik lelaki berkenaan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

– Bernama