Polis tembak mati suspek kes pecah rumah

Polis tembak mati suspek kes pecah rumah

Polis menembak mati seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar Tanjung
Bungah dan Tanjung Tokong di Pulau Pinang, awal semalam.

Polis menembak mati seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar Tanjung
Bungah dan Tanjung Tokong di Pulau Pinang, awal semalam.

Dalam kejadian pukul 2.20 pagi itu, sepasukan polis yang membuat rondaan pencegahan jenayah di Tanjung Bungah cuba menahan suspek yang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

“Suspek cuba melarikan diri ke dalam semak dan kemudiannya melepaskan tembakan ke arah polis. Untuk mempertahankan diri, polis membalas tembakan dan tembakan itu kena suspek dan meninggal dunia,” kata Ketua Polis Pulau Pinang Ayub Yaakob kepada pemberita semalam.

Beliau berkata  siasatan mendapati suspek warga tempatan yang berumur 36 tahun itu dipercayai terlibat dalam 21 kes pecah rumah di sekitar Tanjung Bungah dan Tanjung Tokong.

“Polis mendapati salah satu kes pecah rumah yang berlaku di kawasan berkenaan sebelum ini positif kesan cap jari suspek,” katanya.

Beliau berkata polis merampas sepucuk revolver, beg galas, jam tangan, bungkusan plastik yang mengandungi dadah jenis syabu, sebuah motosikal dan peralatan pecah rumah.

“Motosikal yang dirampas itu dilaporkan hilang di kawasan Jelutong,” katanya.

– Bernama