NUBE berpiket menentang penindasan

KUALA LUMPUR – Seramai lebih kurang 8,000 ahli NUBE telah berpiket di Kuala Lumpur menentang penindasan oleh pihak majikan.

Setiausaha Agung NUBE J Solomon berucap

Seramai 8,000 ahli Kesatuan Pekerja Bank (NUBE) dari seluruh negara telah berkumpul dan berpiket di Kuala Lumpur untuk menyatakan ketidakpuashatian mereka di atas tindak-tanduk pengurusan beberapa buah bank di negara ini.

Piket  ini dinamakan Piket Daulat 6413, bersempena ulang tahun pertama pertemuan NUBE dengan perdana menteri pada 6 April tahun lalu.

Pekerja-pekerja bank tersebut mengemukakan sepuluh tuntutan, antaranya menghentikan dakwaan eksploitasi pekerja dan layanan buruk terharap pekerja hamil.

Setiausaha Agung NUBE J Solomon berkata, ketika bank menolak permintaan kenaikan 51 peratus gaji dalam tempoh tiga tahun sebagai “berlebihan”, pengurusan atasan sebaliknya menikmati kenaikan tahunan sebanyak 53 peratus.

Piket  ini berlangsung di sepanjang Jalan Tun Perak, di mana pekerja-pekerja bank ini berkumpul di hadapan Menara Maybank pada pukul 2 petang dan berarak ke arah Menara UAB yang menempatkan Bank CIMB.

Piket tersebut bersurai pada jam 4 petang.

Ahli-ahli NUBE juga membawa pelbagai sepanduk, ada juga yang membawa gendang dan semboyan yang telah menggegar suasana Kuala Lumpur.

Di antara isu isu yang dibangkitkan adalah tentang bonus pekerja, menindas pelanggan bank, eksploitasi pekerja adalah di antara yang disebut.

Ahli NUBE dengan sepanduk piket di Jalan Tun Perak
Ahli NUBE bergambar sebelum piket bermula di hadapan Menara UAB
Ahli NUBE berpiket di Jalan Tun Perak
Avatar photo

Akmal Ariffin

Akmal is a former English teacher at a secondary school. Since his retirement, he has been enjoying writing. He also teaches English and plays his guitar whenever time permits.