Kerja pemindahan kuil Sri Maha Kaliamman ditangguh

Kerja pemindahan kuil Sri Maha Kaliamman ditangguh

Kerja pemindahan Kuil Sri Maha Kaliamman, yang menduduki tanah kerajaan di persimpangan Jalan Temenggong dan Jalan Nakhoda Yusuf di Cochrane di sini sejak 1967, yang dijadualkan bermula hari ini ditangguhkan selepas sesi rundingan dibuat.

Timbalan Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar M. Saravanan berkata hasil rundingan, pihak kementerian bersama-sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membantu keluarga yang mendiami kuil tersebut untuk berpindah dengan memberikan bantuan pemindahan seperti penyediaan lori.

Pihak pengurusan kuil akan menerima tapak ganti bagi pembinaan semula kuil, kos pembinaan semula kuil berjumlah RM200,000 dan tiga keluarga yang mendiami kuil tersebut akan ditempatkan di tiga unit rumah PPR iaitu di PPR Flat Sri Sabah dan PPR Flat Sri Johor di Cheras serta PPR Muhibbah, Puchong, katanya.

Kerjasama semua pihak terlibat iaitu Kementerian Kewangan; Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri; DBKL dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menyumbang kepada penyelesaian perkara itu termasuk dalam memberikan tawaran berkenaan, kata beliau.

Memandangkan tapak tersebut akan dibangunkan dengan pembinaan bercampur yang melibatkan komersial dan kediaman termasuk pembinaan laluan MRT, kerajaan menetapkan bahawa kuil tersebut akan ditempatkan semula ke Jalan Nakhoda 1, berhampiran Kuil Sri Muneeswarar dan Asrama Tun Dr Ismail.

– Bernama