Banjir kilat melanda Kuala Lumpur lagi

KUALA LUMPUR – Banjir kilat pada 10 April telah menyebabkan kesesakan lalulintas seluruh Kuala Lumpur. Pengguna jalan raya terkandas hampir dua jam sebelum sampai ke destinasi.

Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang pada April 10, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.

Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata hujan lebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesak teruk di beberapa laluan utama.

Warga pekerja yang berpusu-pusu pulang ke rumah telah terkandas selama dua hingga tiga jam apabila beberapa kawasan di lebuhraya dipenuhi air.

Menurut  Aznan Alias, 54, beliau telah ‘terlekat’ di Lebuhraya Sprint selama dua jam dan tidak dapat mengambil anak beliau yang bersekolah di Sri Gombak.

Beliau berharap pihak yang bertanggung jawab dapat memperbaiki sistem saliran untuk mengelakkan dari perkara ini dari berlaku lagi.

Seorang lagi pengguna jalanraya, Amri Hussein, 57 pula berkata,”Saya telah tersangkut di Jalan Tun Razak melalui Jalan Bangsar selama dua setengah jam.

“KL patut punyai sistem saliran yang lebih baik untuk mengatasi masalah ini.”

CJMY cuba menghubungi DBKL berkenaan perkara ini tetapi gagal.

 

Avatar photo

Akmal Ariffin

Akmal is a former English teacher at a secondary school. Since his retirement, he has been enjoying writing. He also teaches English and plays his guitar whenever time permits.