Sepupu tidak lupa detik terakhir lihat saudara tertimbus tanah runtuh

Sepupu tidak lupa detik terakhir lihat saudara tertimbus tanah runtuh

Seorang sepupu tidak dapat melupakan detik-detik terakhir melihat anggota saudaranya tertimbus dalam tragedi tanah
runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang semalam.

Seorang sepupu tidak dapat melupakan detik-detik terakhir melihat anggota saudaranya tertimbus dalam tragedi tanah
runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang semalam.

Tan a/l Ban Alek, 47, ketika menceritakan kejadian itu berkata beliau bingkas berlari menyelamatkan diri selepas mendengar jeritan jiran-jirannya, namun sepupunya Allahyarham Jaafar Balad, 48, tidak berbuat demikian kerana menunggu isteri dan anak lelakinya sebelum ketiga-tiga mereka terperangkap di bawah runtuhan tanah tersebut.

“Saya sempat lari tapi Allahyarham Jaafar Balad masih menunggu isteri dan anak lelakinya, masa itu seorang abang suruh kami lari,” katanya ketika ditemui di kawasan kejadian di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, Jaafar Balad bersama-sama isterinya Normah Gunung, 51,meninggal dunia ketika cuba menyelamatkan anaknya Mohd Iqbal A/l Jaafar, 15, yang turut terkorban dalam tragedi itu.

Menceritakan kejadian sedih itu, Tan berkata beliau cuba mengorek tanahuntuk mencari sepupunya itu selepas runtuhan berkenaan namun dihalang oleh anggota polis yang mengarahkannya menjauhi tempat kejadian.
DS

Kata-kata terakhir Jaafar yang mahu membina rumah yang lebih selesa di lokasi kejadian masih terngiang-ngiang di telinganya, kata beliau lagi.

Sementara itu dua pelancong dari Jerman melahirkan rasa kagum terhadap kerjasama padu dan semangat membantu yag ditunjukkan oleh pelbagai agensi ketika operasi mencari dan menyelamat dijalankan sehingga awal pagi tadi serta semangat itu diteruskan pagi ini walaupun operasi telah dihentikan.

Petra Ville, 51, berkata perkara itu disaksikan ketika beliau sedangbersiar-siar di perkampungan berkenaan yang menjadi kawasan tarikan pelancong sepertinya.

Rakannya Brigitte Schenk, 62, berkata: “Saya berasa amat sedih dengan kejadian ini namun kami lihat semangat tolong-menolong antara komuniti dan pasukan keselamatan amat dikagumi,” katanya ketika ditemui Bernama di kawasan
kejadian.

Tragedi yang berlaku pada 5.45 petang semalam meragut tujuh nyawa termasukempat wanita, manakala dua lagi parah. Polis menghentikan operasi mencari dan menyelamat pada 1.50 pagi tadi selepas mangsa terakhir ditemui pada 1.20 pagi.

Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil yang terletak kira-kira dua kilometerdari Jalan Brinchang-Tanah Rata mempunyai 45 buah rumah yang didiami kira-kira 1,300 penghuni dan merupakan perkampungan Orang Asli paling lama wujud di sini.

– Bernama