Dua beradik terbunuh, kereta dirempuh lori di Parit

Dua beradik terbunuh, kereta dirempuh lori di Parit

Dua beradik terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM 8 Jalan Bota
Kanan-Teluk Intan dekat Parit hari ini.

Dua beradik terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM 8 Jalan Bota
Kanan-Teluk Intan dekat Parit hari ini.

Aminuddin Kamaruddin, 42, dan adiknya, Mohamad Termizi, 37, berasal dari Batu 16, Kampung Lambor Kanan, Parit.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Wan Abdullah Ishak berkata, kejadian berlaku pada 7 pagi apabila kereta yang dipandu Aminuddin dirempuh lori berkenaan di satu selekoh.

Beliau berkata kedua-dua beradik itu mati di tempat kejadian dan mayat mereka yang tersepit di dalam kenderaan telah dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah
siasat.

Pemandu lori dan kelindan hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital yang sama dan telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

– Bernama