Bekas timbalan naib canselor Unisel bebas pertuduhan guna dokumen palsu

Bekas timbalan naib canselor Unisel bebas pertuduhan guna dokumen palsu

Bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) Profesor Dr Rustam Abbas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada pertuduhan menggunakan surat sambungan kontrak perkhidmatan atau pinjaman bagi jawatan itu yang palsu, dua tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu selepas pendakwaan yang dikendalikan Mohd Baharuddin Ahmad Kassim gagal membuktikan wujudnya prima facie dalam kes tersebut.

Rustam, 53, didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Sumber Manusia Unisel, Kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor antara Julai dengan Ogos 2007 mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, dan boleh dihukum mengikut Seksyen
465 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

See also  Goodday KidSTART 2.0 returns to nurture young entrepreneurs

Beliau yang diwakili peguam Datuk Salehuddin Saidin, kini menjadi pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

– Bernama