Polis Serdang berusuha pastikan jenayah pecah rumah sifar

Polis Serdang berusuha pastikan jenayah pecah rumah sifar

Seperti tahun lepas, Polis Daerah Serdang akan terus berusaha memastikan jenayah pecah rumah berada di kadar sifar pada musim perayaan Hari Raya tahun ini.

Seperti tahun lepas, Polis Daerah Serdang akan terus berusaha memastikan jenayah pecah rumah berada di kadar sifar pada musim perayaan Hari Raya tahun ini.

Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abd Razak Elias berkata pada 2010, sebanyak 880 makluman tentang balik kampung direkodkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

“Saya menyeru para penduduk kawasan Serdang termasuk, Puchong dan Seri Kembangan memaklumkan kepada pihak polis sebelum balik kampung bagi memastikan rumah mereka berada dalam keadaan selamat,” katanya kepada Bernama setelah melancarkan Kempen Balik Kampung Selamat, Rumah Selamat di sini.

Abd Razak mengedarkan borang mengisi maklumat seperti nama, alamat rumah, nombor telefon, nombor kenderaan yang ditinggalkan serta nombor telefon jiran di pelbagai tempat sehingga 50km daripada IPD Serdang.

Beliau menasihatkan penduduk kawasan Serdang, yang dihuni kira-kira 900,000 orang, supaya mengisi borang pemberitahuan sebelum mereka pulang ke kampung halaman masing-masing semasa cuti perayaan Aidilfiri.

Beliau berkata borang itu akan memudahkan polis menjalankan tugas pemantauan dan pencegahan jenayah di kawasan perumahan yang ditinggal kosong dengan sistem rondaan yang lebih fokus.

“Memang kempen ini berkesan tahun lepas. Jika penduduk dapat hantar borang-borang itu dengan cepat ia akan memudahkan kita. Lagi awal, lagi baik,” katanya.

Turut diedarkan hari ini adalah risalah Ilmu Memandu Kenderaan yang mengandungi, 10 rukun memandu.

Rukun itu adalah hafal peraturan jalan raya, tumpukan perhatian semasa memandu, fikir dahulu sebelum bertindak, biasakan bersabar, memandu dengan tenang, gunakan kelajuan dengan bijak, kaji keadaan kenderaan, ketahui kesanggupan kenderaan di atas jalan raya dan menunjukkan budi bahasa kepada pengguna jalan raya yang lain.

– Bernama